PROGRAM
Sempadan & Kedaulatan
Tahukah anda Malaysia berkongsi sempadan darat dengan 3 negara iaitu Thailand, Indonesia dan Brunei? Manakala bagi sempadan maritim Malaysia berkongsi dengan 6 negara iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Filipina. Bagaimanakah kita mengetahui sempadan, cara mengenal pasti dan siapa yang melakukannya? Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) memainkan peranan penting dalam hal ehwal persempadanan, persempadanan semula dan ukur sempadan tanah antarabangsa dengan negara jiran dengan menggunakan tadahan air, sungai, garisan latitud, bearing dan nilai jarak. Kami mempunyai replika pintu sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Kelantan. Datang dan lihatlah sendiri! Bahagian di dalam segmen ini ialah:
- News On Malaysia Borders
- Joint Demorcation And Survey Of The River Boundaray
