Polisi Privasi
Berikutan pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) pada 15 November 2013, GLSDC komited untuk mematuhi semua peruntukan APDP bagi melindungi data peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa melalui interaksi anda dengan GLSDC, data peribadi yang dikumpulkan akan diproses dan didedahkan seperti yang disenaraikan di bawah.
Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi
Data peribadi anda mungkin dikumpulkan dan diproses oleh GLSDC untuk tujuan-tujuan berikut:
- Berkomunikasi dengan anda;
- Mengurus dan menyelenggara akaun;
- Melaksanakan aktiviti dalaman;
- Mengendalikan penyelidikan dan analisis untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan GLSDC;
- Menjawab pertanyaan dan aduan anda;
- Memproses sebarang transaksi pembayaran;
- Menguruskan perolehan dan transaksi kewangan;
- Memenuhi keperluan pihak berkuasa/keperluan undang-undang atau mana-mana undang-undang yang mengikat GLSDC;
- Mengemas kini dan memperbaiki ketepatan rekod kami; dan
- Sebarang tujuan lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan GLSDC.
Pendedahan Data Peribadi
Sila maklum bahawa dalam mana-mana situasi dan sekiranya terdapat keperluan dalam melaksanakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, GLSDC mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi pengguna kepada pihak-pihak berikut:
- Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri dan mana-mana agensi kerajaan di bawahnya;
- Agensi penguatkuasaan atau pengawalseliaan;
- Mana-mana organisasi yang dilantik untuk berkhidmat kepada GLSDC;
- Mana-mana organisasi untuk menyelesaikan transaksi yang diminta oleh pengguna portal;
- Mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang diminta oleh pengguna portal;
- Penasihat profesional yang dilantik untuk berkhidmat kepada GLSDC;
- Mana-mana pihak yang dibenarkan dalam peruntukan undang-undang, keputusan mahkamah, atau pihak berkuasa; dan
- Pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan fungsi GLSDC
Sila ambil maklum bahawa GLSDC mungkin akan mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa dengan atau tanpa notis.