MENGENAI KAMI
Mengenai GLSDC
Pembinaan galeri ini bermula pada 11/01/2021 dan disiapkan pada 08/10/2021.
Pusat Penemuan Geomatik dan Ukur Tanah (GLSDC) adalah pusat sains pertama seumpamanya di Malaysia, menonjolkan kepentingan ukur tanah sebagai satu profesion. GLSDC mempunyai pameran yang menarik termasuk koleksi besar alat ukur, gambar, dan peta dari masa lalu dan masa kini.

OBJEKTIF
Objektif Geomatic and Land Surveying Discovery Centre :
- Menerangkan kepentingan kerjaya jurukur sebagai satu profesion;
- Mempamerkan arkib jurukur yang meluas meliputi peralatan, foto dan peta dari masa lampau dan yang terkini