PROGRAM
Kadaster
Adakah anda tahu apa itu kadaster? Kadaster ialah rekod komprehensif hartanah atau harta tanah sesebuah negara. Selalunya ia diwakili secara grafik dalam peta kadaster. Di dalam segmen ini anda perlu perhatikan kawasan lantai yang anda lalui, kerana lantai segment ini merupakan Pelan Kadaster Digital untuk Wisma LJT. Apakah Pelan Kadaster Digital? Ia adalah pelan berkomputer yang menunjukkan sempadan sesuatu tanah. Teknologi yang lebih baharu digunakan sekarang adalah seperti Sistem Kedudukan Global (GPS). Ianya digunakan untuk memastikan ketepatan pelan. Bahagian di dalam segmen ini ialah:
- Interactive book
- Digital screen
- Hologram
